Friday, February 7, 2014

Apam Gula Melaka

Assalamualaikum

      Indah sungguh hari ini..semoga di tempat kawan2 pon indah juga. Di Nagaoka sekarang ni sedang salji..ampunnn makaii sgtla sejuk..tp walaupun sejuk2 bila tengok salji turun sangatla damainya hati...Nagaoka ni salah satu  kawasan yg menerima salji yg lebat di jepun...kalu kena time lebatnya bole capai tinggi 60cm tau...maunye tak tinggi...yang jenuhnye time nak nyodok salji kat kereta..dah macam nak bajak sawah gayenya...Nasib baikla sejukkan..xnampakla peluh yang keluar..Jomla meh visit2 jpn time winter...bole start kumpul duit start arini yer...hihi


   Oleh kerana salji kat luar xbenti2..maka kuih yg dibuat arini pon ade iras2 salji turun gak..haha..Kuih apam gula melaka yg ditaburi salji kelapa parut..hihi...Makaiii bile dpt mkn kuih yg ade berkelapa parut ni mmg heavenla yer..wpun pakai kelapa parut frozen..hukhuk..ape nak buat...

versi dlm loyang yg xsempat dipotong dah abis dingapp..hihi


Kat bawah ni resepinye yer..jom kite cube..

Apam Gula Melaka

Bahan2nya

4 cawan air
2 ketul gula melaka
sedikit garam
sehelai daun pandan
1paket yis kering (gaul dgn 1/2 cawan air suam dan biarkan ia berbuih)
4cawan tepung gandum (diayak)
kelapa parut(yg warna putih gaul dgn sdkt garam)


Cara2 membuatnya


  • Masak gula melaka di dalam. Kemudian masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga gula melaka hancur. Tutup api dan sejukkan.
  • Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk dan gaulkan dgn yis yg telah berbuih tadi.
  • Kemudian masukkan air gula melaka dan gaul sehinggan tiada ketulan tepung dlm adunan.
  • Sapu bekas acuan (nak letak dlm loyang pun boleh) dgn minyak.
  • Tuang adunan tepung tadi ke dalam acuan (isi adunan 2/3 dr acuan)
  • Rehatkan selama 30minit atau sehingga ia naik 2 kali ganda.
  • Panaskan air kukusan.
  • Setelah air kukusan mendidih, kukus sehingga 30mnt.
  • Kukuskan kelapa parut selama 5mnt.
  • Keluarkan apam dr acuan dan tabur atasnya dgn kelapa parut.
  • Bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba.




Pin It

2 comments: